2 mati insiden tembakan di pejabat pos


DUA kakitangan perkhidmatan pos Amerika Syarikat (AS) ditembak mati dalam satu serangan di pejabat pos Tennessee, kata pihak berkuasa.

Suspek melepaskan tembakan rambang di East Lamar Carrier Annex di Memphis sebelum meninggal dunia akibat kecederaan akibat tertembak diri sendiri.

Ketua pejabat pos berkenaan Susan Link memberitahu media kedua-dua mangsa, dan juga penyerang, adalah kakitangan perkhidmatan pos.

“FBI sedang melakukan siasatan dan mengesahkan penembak adalah salah seorang kakitangan pos,” kata jurucakap FBI. – AFP, 13 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen