DRAMA Korea Selatan “Squid Game” menjadi siri paling popular pernah dilancarkan Netlix, menarik tontonan 111 juta peminat sejak ia disiarkan kali pertama kurang empat minggu lalu, kata syarikat itu.
Kejayaan julung kali yang tular di seluruh dunia itu memaparkan kisah tentang golongan masyarakat yang terpinggir, tersepit dan miskin, berlawan satu sama lain menerusi beberapa permainan tradisional kanak-kanak yang popular di negara itu.
Pemenang bakal memperoleh jutaan wang tunai sementara pemain yang kalah dibunuh.
Populariti siri itu tersebar di seluruh dunia, dari mulut ke mulut, terutama menerusi media sosial, “Squid Game” mengungguli carta Netflix di lebih 80 negara.
“Squid Game secara rasminya mencecah 111 juta tontotan – menjadikan ia siri paling berjaya pernah dilancarkan,” kata Netflix di Twitter.
Sebagai perbandingan, “Bridgerton” ditonton 82 juta isi rumah ketika kali pertama disiarkan, nilaian dilakukan menerusi metrik dalaman iaitu termasuk akaun pengguna yang menonton satu episod dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minit.
Kejayaan “Squid Game” menggandakan lagi pengaruh Korea Selatan di pentas dunia menerusi, susulan kegilaaan orang ramai terhadap kumpulan K-pop BTS dan filem yang memenangi anugerah Oscar, “Parasite”.
Ia juga kejayaan terkini dalam usaha Netflix menghasilkan lebih banyak siri antarabangsa dan bukan dalam bahasa Inggeris.
Siri ketiga paling banyak ditonton di Netflix ketika siaran debut adalah “Lupin” – dalam bahasa Perancis. – AFP, 13 Oktober, 2021.
Komen