SEORANG gabenor Colombia mendakwa beliau terselamat dalam dua serangan bersenjata dalam tempoh 24 jam di wilayah bergolak dengan gerila berhaluan kiri.
Serangan pertama berlaku pada Ahad ketika kenderaan dinaikinya diserang penembak tepat, kata Gabenor Meta Guillermo Zuluaga.
Pada petang Isnin satu perkakasan bom meletup ketika kenderaan membawa Zuluaga sedang melalui kawasan itu.
Zuluaga terselamat dalam kedua-dua insiden itu, tetapi seorang orang awam dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera terkena serpihan bahan letupan.
Gabenor yang liberal itu berkata beliau dimaklumkan berkenaan rancangan serangan ketiga di kawasan di mana beliau akan pergi.
Wilayah itu adalah bekas kubu Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), kumpulan pemberontak yang meletak senjata dan menubuhkan parti politik komunis susulan rundingan damai yang bersejarah pada 2016.
Bagaimanapun, sebahagian gerila yang tidak bersetuju dengan rundingan itu enggan meletak senjata dan terus beroperasi di seluruh Colombia.
Penduduk tempatan sering menjadi mangsa keganasan dan peras ugut. – AFP, 13 Oktober, 2021.
Komen