La Cumbre Vieja masih meletus, ratusan penduduk diarah pindah


Gunung berapi La Cumbre Vieja masih mengeluarkan lava dan setakat ini merosakkan 1,200 bangunan dan merebak ke kawasan seluas 600 hektar di pulau Atlantik. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2021.

PIHAK berkuasa Sepanyol mengarahkan ratusan lagi penduduk keluar dari rumah masing-masing di La Palma di Kepulauan Canary dan berpindah ke tempat perlindungan, susulan gunung berapi La Cumbre Vieja masih mengeluarkan lava.

Ia mula meletus pada 19 September yang menyebabkan lebih 6,000 penduduk terpaksa berpindah, dengan lava menyebabkan kerosakan 1,200 bangunan dan merebak ke kawasan seluas 600 hektar di pulau Atlantic di pantai Maghribi.

Pihak keselamatan kecemasan di Twitter berkata arahan pemindahan terbaru itu dikeluarkan susulan ramalan aliran lava yang berterusan.

“Antara 700 hingga 800 penduduk yang terbabit dalam perintah itu perlu berpindah, dengan barangan penting dan haiwan peliharaan,” katanya.

Penduduk diarah ke pusat pertemuaan di bandar Los Llanos de Aridane.

Pada Isnin, kira-kira 3,000 penduduk diarahkan kekal berada di dalam rumah susulan lava memusnahkan simen dan mencetuskan kebimbangan pembebasan gas beracun.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. La Palma mempunyai populasi 85,000 penduduk.

Ia letusan gunung berapi ketiga di pulau itu dalam tempoh seabad, dengan kali terakhir pada 1971. – AFP, 13 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen