15 maut, 3 hilang akibat hujan ribut di Shanxi, China


Pekerja penyelamat membantu mengeluarkan air dari perairan banjir selepas hujan lebat melanda Shanxi utara China. – Gambar AFP, 12 Oktober, 2021.


HUJAN ribut yang berterusan melanda provinsi Shanxi, utara China menyebabkan 15 orang maut manakala tiga yang lain hilang, lapor Xinhua.

Sejak 2 hingga 7 Oktober, Shanxi mengalami banjir paling buruk pernah direkodkan. 

Hujan berterusan menjejaskan hampir 1.76 juta penduduk di 76 daerah dan 120,100 telah dipindahkan, menurut kerajaan provinsi itu di sidang media pada Selasa.

Kira-kira 238,460 hektar tanaman dan 37,700 rumah rosak menyebabkan kerugian sebanyak 5.03 bilion yuan (hampir AS$780 juta). – Bernama, 12 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen