Ketua PBB gesa kesaksamaan dalam generasi digital


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Isnin menggesa usaha untuk merapatkan jurang digital bagi kanak-kanak perempuan. – Gambar EPA, 12 Oktober, 2021.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Isnin menggesa usaha untuk merapatkan jurang digital bagi kanak-kanak perempuan.

Sebagai sebahagian daripada generasi digital, kanak-kanak perempuan mempunyai kemampuan yang sama. Tetapi laluan merapatkan jurang digital penuh cabaran, lapor Xinhua memetik Guterres dalam satu perutusan sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Sedunia.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk turut serta dengan mereka, memperkukuh kebolehan mereka sebagai pencetus perubahan digital, dan mengatasi halangan yang dihadapi mereka di dunia digital.”

Jurang yang besar dalam penggunaan internet merangkumi geografi dan generasi telah meningkat daripada 11 peratus pada 2013 kepada 17 peratus enam tahun kemudian. Di lebih dua pertiga dunia, hanya 15 peratus graduan dalam mata pelajaran STEM ( sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) adalah kanak-kanak perempuan, katanya.

“Mereka memiliki kemampuan yang sama dan potensi yang sangat besar dalam bidang ini, dan ketika kita memperkasakan mereka, semua orang mendapat manfaat,” katanya.

“Pelaburan untuk merapatkan jurang gender digital menghasilkan manfaat yang besar untuk semua.”

Guterres berkata PBB komited untuk bekerja bersama golongan itu tanpa mengira siapa dan apa keadaannya, agar mereka dapat merealisasi potensi masing-masing. – Bernama, 12 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen