PM India, UK setuju perspektif bersama mengenai keganasan


PM India dan UK, Narendra Modi dan Boris Johnson berkongsi pandangan mengenai pembangunan wilayah, khususnya situasi di Afghanistan. – Gambar EPA, 12 Oktober, 2021.

PERDANA Menteri India dan United Kingdom (UK), Narendra Modi dan Boris Johnson membincangkan keadaan di Afghanistan dan bersetuju perlunya perspektif bersama mengenai keganasan, kata Kementerian Luar India (MEA) dalam satu kenyataan.

“Kedua-dua pemimpin juga berkongsi pandangan mengenai pembangunan wilayah, khususnya situasi di Afghanistan. Dalam konteks ini, mereka sepakat perlunya mengembangkan perspektif antarabangsa yang sama berhubung isu-isu berkaitan ekstremisme dan terorisme, serta Hak Asasi Manusia dan hak wanita serta golongan minoriti,” katanya, menurut Sputnik.

“Kedua-dua pemimpin meneliti kemajuan dalam hubungan dua hala sejak sidang kemuncak maya mereka awal tahun ini, dan menyatakan kepuasan terhadap langkah-langkah yang telah dimulakan di bawah Pelan Rancangan 2030 yang diterima semasa sidang kemuncak maya. Mereka juga mengkaji semula kemajuan Perkongsian Perdagangan Ditambah Nilai dan sepakat mengenai potensi hubungan perdagangan dan pelaburan yang berkembang pesat antara kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

Modi dan Johnson turut membincangkan mengenai isu perubahan iklim. – Bernama, 12 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen