Sydney tamatkan perintah berkurung selepas 106 hari


Lebih lima juta penduduk di Sydney sebelum ini berdepan sekatan pergerakan selama 106 hari yang dikuatkuasakan bagi mengekang penyebaran varian Delta yang mudah berjangkit. – Gambar EPA, 12 Oktober, 2021.

RAKYAT Sydney meraikan penamatan hampir empat bulan perintah berkurung akivat koronavirus semalam.

Lebih lima juta penduduk di Sydney berdepan sekatan pergerakan selama 106 hari yang dikuatkuasakan bagi mengekang penyebaran varian Delta yang mudah berjangkit.

Dengan jangkitan baru ini, New South Wales mencatatkan 496 kes semalam dan lebih 70% penduduk berusia lebih 16 tahun sudah divaksin sepenuhnya.

Bermula tengah malam, pub, restoran dan kafe mula kembali beroperasi kepada sesiapa sahaja yang sudah lengkap divaksin.

Bagi kebanyakan pendudukn, penamatan sekatan pergerakan merupakan peluang untuk pergi membeli-belah.

Pada tengah malam, beratus-ratus penduduk mengunjungi Kmart di pinggir Sydney dengan gambar di media sosial menunjukkan barisan yang panjang.

Bagi yang lain ini adalah peluang untuk membuka semula perniagaan mereka.

Sejak Jun, kedai, sekolah, salon dan pejabat ditutup untuk pekerja yang tidak penting.

Terdapat larangan untuk perjalanan lebih lima kilometer dari rumah, mengunjungi keluarga, bermain skuasy, mengunjungi pasar raya dan menghadiri majlis pengebumian. – 12 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen