SEPASANG suami isteri Amerika Syarikat (AS) telah ditangkap di negeri West Virginia kerana dipercayai menjual maklumat kapal perang nuklear kepada negara asing, kata Jabatan Kehakiman pada Ahad.
Jonathan Toebbe, yang bekerja sebagai jurutera nuklear untuk Tentera Laut AS, dan isterinya Diana - kedua-duanya berusia empat puluhan - ditangkap oleh agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu dan dituduh melanggar Akta Tenaga Atom dalam aduan jenayah, kata Jabatan Kehakiman berkata dalam satu kenyataan.
Selama hampir setahun, pasangan itu “menjual maklumat yang dikenali sebagai data terhad mengenai reka bentuk kapal perang bertenaga nuklear kepada orang yang mereka yakini sebagai wakil kuasa asing,” kata kenyataan itu, menambah penerima maklumat itu, sebenarnya ejen FBI yang menyamar.
Jonathan Toebbe, yang mempunyai akses ke data terhad mengenai kapal perang berkuasa nuklear melalui kerjanya, bekerjasama dengan isterinya untuk menukar data mengenai reaktor nuklear kapal selam dengan harga AS$100,000 dalam bentuk matawang kripto, kata afidavit aduan tersebut.
Afidavit itu menyebut Toebbe pada April 2020 mengirim pakej kepada kerajaan asing “yang berisi contoh data yang terhad dan arahan untuk menjalin hubungan rahsia,” menurut kenyataan itu.
Menurut aduan itu, FBI memintas bungkusan itu, dan agen menyamar sebagai wakil kerajaan asing supaya dapat membina hubungan dengan pasangan itu.
Ejen itu menghantar e-mel kepada Jonathan Toebbe, yang menggunakan nama samaran “Alice,” dengan memberikan hadiah kepadanya sebagai terima kasih atas data tersebut. Tetapi Toebbe menjawab dengan berhati-hati, meminta sebaliknya untuk menetapkan lokasi “dead drop” dan dibayar dalam matawang kripto.
Pasangan tersebut pada bulan-bulan berikutnya memindahkan banyak kad data SD kepada ejen. Pernah, “kad SD itu dibungkus dengan plastik dan diletakkan di antara dua keping roti sandwic,” kata ejen itu dalam aduan itu.
Kad SD lain disembunyikan dalam bungkusan gula-gula getah dan pembungkus Band-Aid yang tertutup rapat, dengan Band-Aid masih di dalamnya.
Pasangan itu ditangkap pada Sabtu selepas meninggalkan kad SD lain di sebuah lokasi rahsia.
Peguam Negara AS Merrick Garland memuji agensi yang terlibat kerana “menggagalkan rancangan itu” dan “mengambil langkah pertama ini untuk membawa para pelaku ke muka pengadilan,” kata kenyataan itu.
Jabatan Pertahanan enggan mengulas ketika dihubungi AFP.
Pasangan itu akan hadir di mahkamah persekutuan Virginia Barat pada 12 Oktober.
Kapal selam berkuasa nuklear AS menjadi perhatian baru-baru ini ketika Australia dan Britain pada September melancarkan kontrak pertahanan baharu kapal selam, yang dirundingkan secara rahsia selama beberapa bulan.
Bagi bergabung dalam perjanjian itu, Australia mengikat kontrak bernilai jutaan dolar dengan Perancis, mencetuskan persaingan antarabangsa yang menyaksikan Paris memanggil pulang duta besarnya ke Canberra. – AFP, 11 Oktober, 2021.
Komen