Nga Kor Ming enggan digelar cauvinis, mahu jadi negarawan


Raevathi Supramaniam

Nga Kor Ming berkata, beliau menjadi mangsa proses demonisasi terhadap DAP dalam enam dekad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 10 Oktober 2021.

DISEBALIK usaha keras Nga Kor Ming dalam memperkukuhkan perpaduan dan agenda berbilang kaum sepanjang tempoh lima penggal selaku wakil rakyat, namun ramai pengkritik sentiasa menggelarkan pemimpin DAP itu sebagai chauvinis.

Nga tidak berselindung dengan apa yang dialamimnya, dan ini katanya adalah sebab mengapa beliau menjadi sasaran pasukan tentera siber.

“Saya juga menjadi mangsa proses demonisasi terhadap DAP dalam enam dekad lalu. Salah seorang mangsa terbesar adalah Lim Kit Siang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Saya dianggap sebagai salah seorang pemimpin utama yang sangat lantang, kerana sifat profesion saya sebagai peguam selama 20 tahun. Saya diminta DAP untuk mengadakan jelajah ke 13 negeri bagi meyakinkan rakyat Malaysia menyokong parti itu pada 2018.

“Sepanjang proses itu saya telah berucap di lebih 2,000 tempat dan tentu saja daripada ini, ada beberapa pernyataan yang telah diputar belit pasukan tentera siber. Bagi mereka yang mengenali saya secara peribadi, mereka tahu saya bukan apa yang digambarkan mereka.”

Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, Nga berpindah ke Sitiawan pada usia tujuh tahun, mengikuti bapanya pulang ke kampung halaman. Sebagai produk sekolah vernakular Cina, Nga terus melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.

Semasa di universiti, beliau adalah ketua pergerakan pelajar dan juga ketua pasukan debat. Ini membuka jalan kepadanya menuju peralihan ke arena politik, malah ia didorong sepupunya yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koh Ham.

“Ketika saya masuk DAP pada 1996, ini adalah masa terburuk untuk menyertai parti itu. Ia baru saja mengalami kekalahan terburuk dalam sejarahnya pada 1995. DAP Perak berada dalam kesulitan, ia mengalami kekalahan besar dan berdepan masalah kewangan yang sukar diselesaikan.

“Di Perak, DAP memenangi empat kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN pada 1990. Kemudian pada 1995, kami hampir kehilangan semua kerusi kecuali Sitiawan.

“Itulah masa saya menyertai parti itu. Bersama pasukan yang diketuai oleh Ngeh, kami membina DAP Perak dari awal hingga sekarang. Hari ini kami mempunyai 25 kerusi dengan sifar hutang dan dari segi kewangan kami bebas malah ini menunjukkan jumlah yang besar.” – 10 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen