Presiden pertama Iran Abolhassan Banisadr meninggal dunia


Presiden pertama Iran Abolhassan Banisadr menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Paris pada usia 88 tahun hari ini. – Gambar EPA, 9 Oktober 2021.

PRESIDEN pertama Iran selepas revolusi Islam 1979, Abolhassan Banisadr, meninggal dunia di sebuah hospital di Paris pada usia 88 tahun hari ini, kata agensi berita rasmi IRNA.

IRNA memetik sumber terdekat bekas presiden itu melaporkan: “Abolhassan Banisadr menghembuskan nafas terakhir di hospital (Pitie-)Salpetriere” di tenggara Paris, setelah sekian lama sakit.

Banisadr dipilih sebagai presiden pada Januari 1980 sewaktu kemuncak revolusi tahun sebelumnya.

Bagaimanpun, Banisadr digulingkan Parlimen Iran pada 1981 selepas beliau menentang pemimpin tertinggi Allahyarham Ayatollah Ruhollah Khomeini. Sejak itu, beliau membawa diri dan menetap di Perancis

Dilahirkan pada 22 Mac 1933 di sebuah kampung berhampiran Hamadan di barat Iran, Banisadr adalah penyokong Islam liberal.

Sejak usia 17 tahun lagi beliau sudah menjadi activis dalam barisan kebangsaan Iran, satu gerakan yang pemimpin nasionalis Mohammad Mossadegh.

Setelah selesai menamatkan pengajian dalam bidang teologi, ekonomi dan sosiologi, Banisadr menjadi penentang utama kepada rejim Shah.

Beliau terpaksa meninggalkan Iran pada 1963 dan menetap di Paris kerana menjadi buruan polis. Pada 1970, beliau menganjurkan penyatuan pembangkang Iran bersama Khomeini, individu yang diasingkan di Iraq.

Pada Oktober 1978, Khomeini pergi ke Perancis, dan Banisadr menjadi salah seorang rakan dan penasihat rapatnya.

Pada 1 Februari 1979, Banisadr berada di dalam pesawat yang membawa Khomeini kembali ke Iran.

Beliau berkhidmat sebagai menteri ekonomi dan hal ehwal luar negeri Iran.

Individu yang disebut sebagai “anak Khomeini” dipilih sebagai presiden Republik Islam Iran pada 26 Januari 1980. – AFP, 9 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen