LIMA individu cedera pada Jumaat malam dalam serangan di sebuah lapangan terbang di bandar Arab Saudi, Jazan, berdekatan sempadan Yaman.
Bagaimanapun, kesemua mangsa hanya mengalami cedera ringan apabila “bahan letupan” dijatuhkan di Lapangan Terbang Raja Abdullah”, menurut satu kenyataan daripada Gabungan Menjamin Keabsahan Yaman, yang dipetik oleh Agensi Berita Saudi (SPA).
Baru-baru ini terdapat beberapa serangan dibeberapa tempat Arab Saudi yang didakwa dilakukan Huthi di Yaman.
Empat pekerja cedera pada Rabu selepas gabungan memintas dron dengan bahan letupan yang mensasarkan lapangan terbang Abha, lapor media kerajaan.
Keempat-empat pekerja tersebut mengalami cedera ringan akibat serpihan dron itu, lapor SPA.
Pada 31 Ogos, sebuah dron menyerang lapangan terbang yang sama, mencederakan lapan orang dan merosakkan sebuah pesawat awam.
Terletak di pergunungan barat daya, Abha adalah destinasi popular bagi pelancong Arab Saudi.
Tiada perincian lebih lanjut mengenai kejadian terbaru.
Arab Saudi campur tangan dalam perang Yaman bagi pihak kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 2015.
Pemberontak sekutu Iran berulang kali mensasarkan kerajaan dalam serangan rentas sempadan.
Pada Ogos, pemberontak meningkatkan operasi tersebut, menggunakan dron dan peluru berpandu. – AFP, 9 Oktober, 2021.
Komen