Novelis kelahiran Tanzania pemenang Hadiah Nobel Sastera


Abdulrazak Gurnah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Nobel untuk Sastera kerana karyanya yang menekankan tentang kesan penjajahan dan pengalaman pelarian. – Gambar EPA, 8 Oktober, 2021.

NOVELIS kelahiran Tanzania, Abdulrazak Gurnah pada Khamis memenangi Hadiah Nobel dalam Sastera kerana karyanya yang menekankan kesan penjajahan dan pengalaman sebagai pelarian.

Gurnah, 72, yang dibesarkan di pulau Zanzibar tetapi tiba di England sebagai pelarian pada akhir 1960-an untuk melarikan diri dari revolusi, adalah orang Afrika kelima yang memenangi Hadiah Nobel Sastera.

Akademi Sweden itu berkata Gurnah diberi penghormatan “kerana menceritakan tanpa kompromi dan tanpa belas kasihan mengenai kesan penjajahan dan nasib pelarian antara budaya dan benua”.

“Saya benar-benar terharu dan bangga. Saya sama sekali tidak sangka,” kata Gurnah kepada AFP.

Sebelum ini beliau telah memberitahu laman web Hadiah Nobel, yang beliau terpana mendapat panggilan dari Akademi Sweden itu selain “Saya fikir itu adalah lawak jenaka” kerana “perkara-perkara ini biasanya dibuat beberapa minggu lebih awal”.

“Hadiah Nobel, itu adalah kehormatan besar,” katanya kepada AFP melalui telefon. “Ini bermaksud ada sesuatu yang diselesaikan, itulah usaha yang cuba dilakukan, memujuk atau berjaya menjangkau orang. Saya suka itu, saya sangat gembira kerana itu.”

Tentang hidup sebagai pelarian dan isu imigrasi yang membakar, beliau menjelaskan: “Saya telah menulis mengenai perkara-perkara yang berlaku di dunia yang saya duduk ini dan pada masa ini dunia tempat saya tinggal merangkumi masalah ini, kebimbangan ini. Ini adalah macam kisah zaman kita. Ada banyak yang perlu kita tulis… Bukan untuk dibutakan.

“Saya sentiasa tertarik dengan apa yang membawa kita ke sini… Apa kekuatan dan momen bersejarah yang membawa kita ke sini.”

Ketua jawatankuasa Akademi Nobel, Anders Olsson berkata tulisannya ada gema terhadap lebih 82 juta orang yang melarikan diri dari peperangan, penganiayaan dan keganasan pada 2020.

Gurnah telah menerbitkan 10 novel dan sejumlah cerpen.

“Tulisannya sangat menarik sekarang bagi kebanyakan orang di Eropah dan di seluruh dunia,” kata Olsson kepada wartawan. – AFP, 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen