14 mati selepas minum arak beracun di Rusia


Seorang polis Rusia berdiri membelakangi botol-botol kosong yang digunakan untuk mengisi arak buatan sendiri, yang terkenal di negara bekas Kesatuan Soviet sebagai alternatif kepada arak mahal. – Gambar AFP, 8 Oktober, 2021.

EMPAT belas orang terkorban selepas minum arak beracun di Rusia, kata pegawai pada Jumaat, dengan penyiasat melancarkan siasatan jenayah.

Lagi lapan orang dimasukkan ke hospital di Orenburg, sekitar 1,500 kilometer tenggara Moscow.

“Setakat ini kami tahu ada 22 mangsa, 14 daripadanya telah meninggal,” kata pejabat gabenor melalui aplikasi pesanan Telegram.

Gabenor Denis Pasler berkata pihak berkuasa wilayah telah melancarkan siasatan terhadap pengedar alkohol.

“Sebelum hasil pemeriksaan diterima, pengambilan alkohol ancam nyawa anda,” kata Pasler.

Jawatankuasa Penyiasatan cawangan Orenburg pada Jumaat berkata pihaknya telah membuka lima siasatan termasuk penjualan barang yang tidak memenuhi piawaian keselamatan. Tiga orang telah ditahan berkaitan dengan kematian tersebut.

Salah seorang dari mereka - seorang lelaki berusia 29 tahun dari bandar Orsk - disyaki menghasilkan alkohol buatan sendiri, kata penyiasat dalam satu kenyataan. Bengkel menghasilkan alkohol juga telah ditemui.

Alkohol buatan sendiri yang mengandungi alkohol terkenal di seluruh bekas Kesatuan Soviet sebagai alternatif murah berbanding jenama standard, tetapi juga disalahkan kerana menyebabkan ramai mati akibat arak.

Mereka yang membelinya untuk diminum biasanya adalah golongan miskin dan dari golongan sosial bawah.

Pada 2016, puluhan orang mati di bandar Irkutsk di Siberia setelah minum arak mengandungi metanol. – AFP, 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen