PM digesa campur tangan, kembalikan dasar kabotaj


Raevathi Supramaniam

PM Ismail Sabri Yaakob perlu campur tangan dan batalkan memansuhkan pengecualian kabotaj, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2021.

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu campur tangan dan membatalkan keputusan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong untuk memansuhkan pengecualian kabotaj diberikan untuk membaiki kabel dasar laut kerana ia akan menyebabkan kerugian berbilion, kata Steven Sim.

Susulan keputusan itu, Malaysia kerugian RM15 bilion dalam pelaburan teknologi kerana tidak termasuk dalam projek kabel dasar laut Apricot diterajui syarikat gergasi Google dan Facebook, kata ahli Parlimen Bukit Mertajam itu dalam satu kenyataan.

“Memandangkan menteri pengangkutan jelas terus dalam penafian berkenaan kesan akibat keputusan itu, saya menggesa perdana menteri campur tangan dan menukar kembali keputusan ini untuk mengembalikan Malaysia kompetitif dalam ekonomi digital.”

Projek Apricot bernilai AS$300 juta (RM1.2 trilion) membabitkan pembinaan sistem kabel dasar laut baharu sejauh 12,000km yang akan menghubungkan Singapura, Indonesia, Filipina, Jepun, Taiwan dan Guam – merentas Malaysia.

Pengecualian kabotaj diperkenalkan kali pertama oleh bekas menteri pengangkutan Anthony Loke ketika zaman pentadbiran Pakatan Harapan. Ia dibuat untuk pembaikan kabel kapal selam pada Mac 2019, selepas aduan kelewatan baiki kabel dasar laut oleh syarikat gergasi berkenaan.

Wee mengembalikan pengecualian itu pada November tahun lalu. – 8 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen