Atlet pelbagai negara uji pusat luncur China


Atlet dari 24 negara menguj Pusat Gelongsor Nasional yang terletak di zon pertandingan Yanqing, venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. – Gambar Facebook, 8 Oktober, 2021.

MINGGU Latihan Antarabangsa acara Bobsleigh secara rasminya dimulakan pada Khamis di Pusat Gelongsor Nasional (National Sliding Center) yang terletak di zon pertandingan Yanqing, venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Atlet dari 24 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Rusia buat pertama kalinya menggunakan trek pertandingan bagi acara Bobsleigh dan Luge yang pertama dibina di China.

Menurut jadual, gelanggang itu akan menjadi venue kepada lima acara ujian mulai 5 Okt hingga 22 Nov, selain venue untuk Minggu Latihan Antarabangsa dan Piala Dunia Luge serta Bobsleigh dan Skeleton Time Trial.

Pusat yang diberi gelaran “Naga Salji” itu merupakan trek pertandingan acara Bobsleigh dan Luge yang ke-17 di dunia, yang ke-3 di Asia dan pertama di China.

Trek sepanjang 1,975 meter dengan ukuran menegak 121 meter itu turut mempunyai 16 sudut dan cerun berbeza, termasuk bulatan 360 darjah yang amat jarang dijumpai. – Bernama, 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen