PERDANA Menteri Justin Trudeau semalam memberitahu beliau sudah menerima peletakan jawatan menteri sukan Kanada yang sedang disiasat kerana dakwaan gangguan seksual.
Peletakan jawatan Kent Hehr itu berlaku pada hari sama pemimpin pembangkang konservatif Kanada di kawasan paling padat juga meletak jawatan kerana dakwaan salah laku seksual.
“Selaku sebuah kerajaan kami mengambil serius sebarang dakwaan salah laku, dan kami percaya sangat mustahak menyokong wanita yang tampil membuat dakwaan dan itulah yang kerajaan kita akan lakukan,” kata Trudeau dalam satu kenyataan.
“Saya menerima peletakan jawatan Kent Hehr daripada Kabinet sementara menunggu hasil siasatan,” katanya.
Hehr mengeluarkan kenyataan mengatakan dia mengalukan siasatan itu dan akan terus berkhidmat sebagai ahli Parlimen ketika ia dijalankan.
“Saya dimaklumkan yang siasatan dakwaan ini sudah bermula dan saya mengalukan dan menghormati proses itu,” kata Hehr menambah yang dia tidak “mahu menjadi penghalang semua kerja yang sedang dilakukan kerajaan dengan baik.”
Pada awal Khamis, Patrick Brown mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Parti Konservatif Progerisf Ontario, pemimpin daerah Tory kedua meletak jawatan kerana salah laku dalam tempoh 24 jam.
Brown menyifatkan dakwaan salah laku oleh dua wanita kepadanya sebagai “salah” dan “sukar diterima”.
Dia mengatakan akan terus kekal menjadi ahli Parlimen daerah “dan saya akan membersihkan nama saya daripada dakwaan salah ini.” – AFP, 26 Januari, 2018.
Komen