BEKAS ketua Kongres sayap kiri, Mirtha Vasquez dilantik menjadi perdana menteri baharu Peru, lapor Agensi Berita Anadolu.
“Saya bersumpah kepada rakyat negara ini, lelaki dan wanita yang setiap hari berjuang untuk kehidupan yang bermaruah, tanpa diskriminasi dan mempromosi perubahan sebenar,” kata Vasquez dalam ucapannya pada majlis angkat sumpah jawatan.
Pelantikan beliau diumumkan Presiden Pedro Castillo hanya beberapa jam selepas Guido Bellido dan anggota Kabinetnya meletakkan jawatan.
Castillo turut mengumumkan pelantikan Oscar Maurtua sebagai Menteri Luar, Walter Ayala, Menteri Pertahanan dan Luis Barranzuela akan menerajui Kementerian Dalam Negeri. – Bernama, 7 Oktober, 2021.
Komen