PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru semua penderma segera memenuhi ikrar dan komitmen mereka untuk membantu usaha menyediakan bantuan kemanusiaan di Afghanistan.
Setakat ini hanya 35% daripada jumlah bantuan yang dijanjikan sudah diterima, lapor agensi berita Jordan memetik kenyataan Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.
Agensi itu turut meminta negara anggota membenar serta mempermudah pergerakan bekalan dan petugas kemanusiaan keluar masuk ke Afghanistan selain memastikan urusan menyalurkan dana kepada pertubuhan bantuan di negara berkenaan berjalan lancar. – Bernama, 7 Oktober, 2021.
Komen