AGENSI Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) hari ini menangguhkan pelancaran roket Epsilon-5 yang dijangka membawa sembilan satelit kecil termasuk NanoDragon Vietnam, akibat masalah cuaca.
JAXA berkata penangguhan itu disebabkan angin kencang , lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pada 1 Oktober pagi, JAXA turut menunda pelancaran roket itu kira-kira 19 saat sebelum pelancarannya.
Menurut agensi itu, berlaku masalah pada peralatan radar darat yang memantau kedudukan dan kelajuan Epsilon-5.
NanoDragon, satelit seberat 3.8kg itu dibangunkan Pusat Angkasa Vietnam di bawah Akademi Sains dan Teknologi Vietnam.
Satelit itu dihantar ke Jepun dan diuji di Pusat Angkasa Uchinoura di wilayah Kagoshima pada Ogos sebelum secara rasmi dipindahkan ke JAXA untuk dilancarkan di bawah program demonstrasi teknologi satelit inovatif ke-2. – Bernama, 7 Oktober, 2021.
Komen