PERDANA Menteri Peru Guido Bellido dan seluruh Kabinet meletakkan jawatan hanya selepas kira-kira dua bulan menerajui pentabbiran negara, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan semalam.
Presiden Pedro Castillo mengesahkan perkara itu dan barisan Kabinet baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam waktu terdekat.
“Hari ini saya maklumkan kepada anda semua kerajaan menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Guido Bellido Ugarte, kami ucapkan terima kasih atas jasa dan khidmat yang diberikan selama ini.
“Saya ingin memberitahu anda Kabinet baharu akan dilantik malam ini,” kata Castillo dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen negara.
Dalam surat peletakan jawatannya, Bellido berkata: “Selepas menjalankan semua tugas, saya melepaskan jawatan saya sebagai perdana menteri, seperti yang anda mahukan.”
Kabinet baharu dijangka dilantik pada 8 malam waktu tempatan semalam.
Castillo mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri pada 28 Julai. – Bernama, 7 Oktober, 2021.
Komen