20 maut gempa bumi landa Pakistan


GEMPA bumi bermagnitud 5.7 pada skala Richter melanda selatan Pakistan awal pagi tadi, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut, kata pegawai pengurusan bencana negara itu.

Menurur Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa  pada kedalaman 20km itu berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan.

Gegaran dirasai di Quetta dan bandar lain di wilayah Balochistan, katanya.

“Seramai 15 hingga 20 orang terbunuh. Angka kematian mungkin akan meningkat,” kata Ketua Lembaga Pengurusan Bencana Balochistan Naseer Nasar kepada AFP.

Pegawai kanan kerajaan pula berkata kebanyakan yang terbunuh akibat dihempap bumbung dan dinding yang runtuh.

Seorang wanita dan enam kanak-kanak antara yang dilaporkan terbunuh dalam kejadian. – AFP, 7 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen