GOOGLE akan melabur AS$1 bilion untuk meningkatkan capaian internet di Afrika, umum enjin carian popular itu semalam.
Pelaburan dalam tempoh lima tahun itu termasuk dana membiayai projek pemasangan kabel dasar laut Equiano bagi menambah kelajuan dan memperluaskan capaian internet di Afrika, kata Pengarah Urusan Google Afrika Nitin Gajria kepada AFP.
Gajria berkata sasaran Google adalah memastikan internet mudah diakses di mana sahaja supaya maklumat dari seluruh dunia dapat disampaikan.
“Matlamat ini tidak akan dicapai jika ia tidak dapat diakses 1.3 bilion penduduk di Afrika,” katanya.
Gajria juga berkata seramai 300 juta lagi penduduk dijangka akan menerima manfaat pelaburan tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang, berbanding hanya 300 juta buat masa ini.
Menurut Bank Dunia, kebergantungan tidak sampai satu pertiga daripada popolasi Afrika mendapat akses internet. – AFP, 7 Oktober, 2021.
Komen