POLITIK berasaskan kaum terus berkembang di Malaysia kerana masyarakat berkeras mempertahankan identiti negara asal mereka, kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata tidak seperti negara lain yang pendatangnya menggunakan bahasa dan budaya selepas menerima kewarganegaraan, ia tidak berlaku di Malaysia.
“Pendatang dari negara lain, selepas menerima kewarganegaraan, menerapkan bahasa, budaya dan kesetiaan kepada negara angkat mereka sepenuhnya. Mereka dapat mengasimilasi sepenuhnya selepas satu atau dua generasi,” tulisnya di laman blog.
“Tetapi pendatang di Malaysia, walaupun menjadi warganegara, bukan hanya bertegas untuk diakui sebagai mempunyai asal usul berbeza daripada penduduk asli tetapi secara fizikal dipisahkan melalui fungsi ekonomi dan fahaman politik mereka.”
Selagi rakyat Malaysia terus dikenali melalui negara asal mereka, politik dan parti politik di negara ini akan terus berasaskan kaum, tambahnya.
Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Pejuang berkata kekurangan asimilasi ini adalah sebab mengapa parti terpaksa berasaskan Melayu untuk mendapatkan undi.
“Ia (Pejuang) berharap dapat menandingi Umno, sebuah parti Melayu. Dan ia berharap dapat melakukan ini di kawasan luar bandar yang penduduknya kebanyakannya berbangsa Melayu.
“Mereka ini tidak akan menyokong parti berbilang kaum. Sekiranya tidak ada parti Melayu lain, orang luar bandar akan memilih Umno.”
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata mereka hanya boleh mengalahkan Umno dengan retorik perkaumannya kerana Pejuang tidak kaya.
“Umno kaya dan orang Melayu luar bandar miskin. Duit sangat bermakna kepada mereka.
“Pejuang adalah alternatifnya. Pejuang tidak mempunyai duit. Ia bergantung kepada kaum dan kempen antirasuah,” tambah Dr Mahathir. – 6 Oktober, 2021.
Komen
Soon, India and China will be the leading economies of the world and it will do the nation good for its citizens to know these languages. So many countries, including Thailand and Indonesia are promoting the learning of Mandarin. Why are we learning English which is an alien language? Are we to continue to live in the past and and endorse politicians who continue to use race, religion and other divisive tools to promote themselves in the political arena? Why don't each political party present their approaches to how they propose to the long but vital process of mending the broken economy, the severely damaged educational system and the totally incompetent civil service in order to get the rakyat's support? Then we will have leaders who are of calibre,who think and are focused on real problems and ways of solving them and not leaders who find the cheap, easy, brainless and the dangerous way of racial and religious politics. No wonder we end up with a whole load of rubbish leaders because we endorse and allow leaders who play the cheap politics of division, not leaders who present solutions to our real problems.
Dimuat naik 2 tahun yang lalu oleh Brave Malaysian · Ulasan