JABATAN Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jumlah peluru berpandu nuklear dalam simpanan negara itu buat pertama kalinya dalam tempoh empat tahun.
Sebelum ini bekas presiden Donald Trump menyembunyikan data berkenaan daripada pengetahuan umum.
Setakat 30 September, 2020, tentera AS memiliki 3,750 peluru berpandu nuklear aktif dan tidak aktif, turun sebanyak 55 dari tahun sebelumnya dan 72 dari tarikh yang sama pada tahun 2017.
Angka itu juga merupakan yang terendah sejak stok nuklear AS memuncak pada Perang Dingin dengan Rusia pada tahun 1967, iaitu sebanyak 31,255.
Pendedahan tersebut dibuat pada Selasa ketika pentadbiran Presiden Joe Biden berusaha untuk menyambung semula perbincangan kawalan senjata dengan Rusia setelah ia terhenti di bawah pentadbiran Trump.
“Meningkatkan ketelusan simpanan nuklear negara penting untuk usaha penyebaran dan perlucutan senjata,” kata Jabatan Negara dalam satu kenyataan.
Trump, yang menarik AS keluar dari perjanjian nuklear Iran dan Perjanjian Anggota Nuklear Jarak Sederhana (INF) dengan Rusia, juga meninggalkan satu lagi perjanjian penting, Perjanjian Permulaan Baharu tahun lalu sebelum dijadualkan tamat pada 5 Februari.
Perjanjian itu mengurangkan jumlah peluru berpandu nuklear yang dimiliki oleh Washington dan Moscow, dengan membiarkannya luput sekaligus mengurangkan jumlah senjata itu di kedua-dua pihak.
Trump berkata beliau mahukan perjanjian baharu termasuk dengan China, yang hanya memiliki sebilangan kecil perluru berpandu berkenaan berbanding yang dimiliki AS dan Rusia.
Biden yang dilantik sebagai presiden pada 20 Januari, mencadangkan lanjutan lima tahun untuk perjanjian Permulaan Baharu yang mana ia terus dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin.
Perjanjian itu menetapkan hanya 1,550 peluru yang boleh dimiliki oleh Moscow dan Washington.
Minggu lalu diplomat Rusia dan AS mengadakan rundingan tertutup di Geneva untuk memulakan perbincangan mengenai pengganti Permulaan Baharu dan juga kawalan terhadap senjata konvensional.
Seorang pegawai AS menyebut rundingan itu “produktif”, tetapi kedua-dua pihak mengatakan bahawa fakta bahawa mengadakan perbincangan itu positif. – AFP, 6 Oktober, 2021.
Komen