KKM lapor 8,817 kes baharu Covid-19


Noel Achariam

Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,294,457, selepas KKM melaporkan 8,817 kes baharu Covid-19 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 8,817 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,294,457, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 8,075 kes dilaporkan laporkan semalam.

Tiga negeri catat angka harian empat digit hari ini, didahului Sarawak dengan 1,361 kes diikuti Selangor (1,348) dan Kelantan (1,063). 

Data Kementerian Kesihatan di laman web CovidNow juga menunjukkan 94.4% penduduk dewasa Malaysia sudah disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, 3.6% remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun sudah selesai menerima vaksin Covid-19, bersamaan 114,124 orang.

Hampir 60% atau 1,862,399 orang daripada kumpulan umur itu juga sudah disuntik dos pertama sementara 40.9% belum lagi divaksin.

Secara keseluruhannya, 63.4% atau 20.7 juta orang daripada seluruh penduduk Malaysia sudah selesai disuntik vaksin, sementara 126,433 orang menerima dos pertama mereka semalam. β€“ 5 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen