KKM lapor 76 kematian Covid-19 semalam 


Noel Achariam

Jumlah kes kematian Covid-19 direkodkan bawah 100 buat dua hari berturut-turut.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2021.

BUAT pertama kali sejak Julai, pihak berkuasa merekodkan jumlah kes kematian bawah 100 dalam tempoh 24 jam, dengan hanya 76 kematian direkodkan sejak tengah malam tadi. 

Menurut data GitHuib Kementerian Kesihatan, Malaysia merekodkan 92 kematian empat bulan lalu. 

15 daripada 76 kematian yang direkodkan semalam diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital, manakala jumlah kumulatif kes kematian kini 26,759.

Sementara itu, hanya dua kes kematian dilaporkan berlaku semalam, baki 74 adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini. 

Ini akan ditelusuri ke hari sebenar kematian berlaku.

Angka tersebut adalah jumlah keseluruhan kematian yang berlaku pada hari itu ditambah laporan kematian tertunggak, atau kematian yang baru saja disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan kerana Covid-19 setelah siasatan selesai.

Negeri yang merekodkan kes kematian adalah Perak dengan 13 kes, diikuti oleh Sarawak (11), Kelantan (10), Sabah (9), Pulau Pinang (5), Pahang dan Terengganu (masing-masing 4), Kuala Lumpur dan Kedah (masing-masing 3) serta Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis (masing-masing 1).

Sementara itu tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya. 

Setakat tengah malam tadi, terdapat kes aktif, termasuk 867 di unit rawatan rapi (ICU), 461 memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia merekodkan kes jangkitan baharu yang rendah buat dua hari berturut-turut dengan 8,075 kes. 

Menurutnya, pada Ahad kes menurun bawah lima digit kepada 9,066 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 2,285,640.– 5 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen