Pawagam Afrika mampu wujudkan 20 juta pekerjaan, kata Unesco 


Industri filem Nigeria adalah yang terbesar di benua itu yang menghasilkan lebih 2,500 filem setahun.– Gambar EPA, 5 Oktober, 2021.

INDUSTRI filem Afrika berkembang dan dapat menghasilkan berjuta-juta pekerjaan tambahan jika potensinya dimanfaatkan sepenuhnya, kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa.

Dalam satu laporan, organisasi PBB Unesco mengatakan bahawa kira-kira lima juta orang kini bekerja dalam industri filem Afrika, yang menyumbang AS$5 bilion untuk KDNK benua itu.

Industri filem Nigeria adalah yang terbesar di benua itu, yang menghasilkan lebih 2,500 filem setahun. 

Walaupun jumlahnya banyak, Unesco berkata industri ini mempunyai banyak potensi yang masih belum dimanfaatkan.

Peralatan filem digital yang berpatutan dan platform pengedaran dalam talian baru telah memberi peluang baru kepada pencipta kandungan, tetapi laporan itu mengatakan bahawa Afrika mempunyai skrin per kapita lebih sedikit daripada benua lain.

Cetak rompak adalah satu lagi masalah besar yang mana laporan tersebut menganggarkan cetak rompak menyebabkan 50% hingga lebih 75% pendapatan industri filem dan audiovisual terjejas.

Laporan itu juga mendapati, hanya 19 daripada 54 negara Afrika yang memberi bantuan kewangan kepada penghasil filem. 

Sekiranya semua masalah ini ditangani sepenuhnya, sektor ini dapat mewujudkan lebih dari 20 juta pekerjaan dan menyumbang AS$20 bilion untuk KDNK gabungan benua itu, kata Unesco. – AFP, 5 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen