Sepanyol selamatkan 14 migran di Laut Mediterranean 


Sebahagian daripada migran yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Sepanyol.– Gambar EPA, 5 Oktober, 2021. 

EMPAT belas orang migran diselamatkan di perairan Kepulauan Balearic di Laut Mediterranean, kata pihak berkuasa Sepanyol.

“Sejumlah 14 orang ditemukan di perarian kepualauan Cabrera, kesemua mereka masih hidup,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat masih mencari tiga lagi mangsa yang mungkin turut menaiki bot buatan sendiri, yang biasa digunakan migran untuk merentas laut Mediterranean.

Beberapa migran lain yang turut menaiki bot berkenaan berkata terdapat 17 orang dalam bot berkenaan dan ada di antara mereka yang terjatuh ke laut, kata pihak berkuasa Sepanyol.

“11 orang telah sampai,” kata Marga Morcillo dari Palang Merah kepada AFP.

Menurutnya tiga daripada mereka dibawa ke hospital kerana mengalami kesan melecur yang serius, dehidrasi dan kecederaan.

“Mereka memberitahu kami yang mereka terkandas selama 12 hari di laut dan kesemuanya ada 17 orang, dan kami tidak mendapat maklumat lanjut setakat ini,” katanya.

Daripada mangsa yang diselamatkan, tiga ditemukan dalam laut dan diselamatkan dengan helikopter, sembilan yang lain ditemui dalam bot.

“Tiada kematian dilaporkan setakat ini,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan. – AFP, 5 Oktober, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen