TUMPAHAN minyak kini mengancam hidupan liar dan kawasan pantai di California dan disifatkan sebagai bencana kepada alam sekitar.
Bangkai burung dan ikan mula kelihatan hanyut di pesisir pantai apabila 126,000 gelen minyak mentah mencemari perairan selatan Los Angeles.
Kejadian itu berpunca daripada saluran paip yang menghubungkan pelantar minyak.
Kawasan pantai sepanjang 24 kilometer ditutup kepada umum dan aktiviti menangkap ikan juga terpaksa ditangguhkan.
Kerja-kerja pembersihan kini giat dijalankan bagi membersihkan tumpahan yang dianggap paling besar dalam tempoh beberapa dekad.
Datuk Bandar Huntingdon Beach Kim Carr memberi amaran kawasan pantai mungkin akan ditutup selama beberapa minggu atau bulan.
“Kawasan tanah lembap kami kini tercemar dan sebahagian besar pesisir pantai kini diliputyi minyak,” katanya.
Pengawal pantai AS yang turut sama dalam operasi pembersihan itu berkata,
Kurang tiga peratus daripada tumpahan minyak berkenaan - yang dianggarkan panjangnya 5.8 batu nautika - telah dipulihkan, dan lebih dari satu batu boom penahanan minyak telah dipasang.
“Malangnya kita mula melihat bangkai burung dan ikan mula hanyut ke pesisir pantai termasuk di kawasan yang dilindungi,” kata Majlis Bandaraya Huntington Beach.
Syarikat yang bertanggungjawab terhadap saluran paip minyak berkenaan, Amplify Energy sebelum ini berkata, pihaknya akan mengambil langkah yang perlu dan operasi saluran paip serta Lapangan Beta telah ditutup.
Ketua pegawai eksekutifnya Martyn Willsher berjanji syarikatnya akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi menangani tumpahan minyak berkenaan. – AFP, 5 Oktober, 2021.
Komen