4 pekerja kilang keluli maut terhidu gas toksik di Korea Selatan 


Kilang pengeluar keluli terkemuka di Korea Selatan, Posco terletak di tenggara bandar Pohang. Empat pekerjanya maut selepas terhidu gas toksik yang masih belum dikenal pasti jenis dan punca kebocoran.– Gambar EPA, 25 Januari, 2018.

EMPAT pekerja maut pada Khamis selepas terhidu gas bertoksik yang tidak dikenal pasti di sebuah kilang pengeluar keluli terkemuka Korea Selatan, Posco, di tenggara bandar Pohang, kata polis.

Nahas itu berlaku di sebuah fasiliti yang direka untuk menyalurkan udara ke relau bagas, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Polis mengesyaki bahawa pekerja terbabit mungkin terhidu nitrogen akibat daripada kebocoran yang berlaku di fasiliti itu.

Syarikat itu masih menyiasat punca kematian kesemua mangsa. – Bernama, 25 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen