8 maut pesawat ringan terhempas di Milan, Itali


Bangunan yang rosak apabila dirempuh sebuah pesawat ringan di San Donato Milanese di Milan, Itali yang mengorbankan lapan orang penumpang. – Gambar EPA, 4 Oktober, 2021.

LAPAN orang terbunuh selepas pesawat ringan merempuh sebuah bangunan di Milan, Itali pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.

Seorang pegawai bomba di San Donato Milanese berkata pesawat Pilatus PC-12 itu merempuh bangunan dua tingkat yang sedang diubah suai, mengorbankan juruterbang, pembantu juruterbang dan enam penumpang, termasuk seorang kanak-kanak. 

Menurut laporan kesemua mangsa yang maut itu bukan warga Itali. Pesawat dikatakan dalam perjalanan dari lapangan terbang di Olbia menuju bandar Linate, Milan.

Juruterbang dilaporkan membuat panggilan kecemasan sejurus berlepas dan pesawat dipercayai terbakar sebelum terjunam. – Bernama, 4 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen