Tidak ada perbezaan ganjaran kepada pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik


Ragananthini Vethasalam Chan Kok Leong

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ti Lian Ker berkata tiada perbezaan ganjaran untuk atlet olimpik dan paralimpik.– Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2021.

PEMENANG pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik akan diberikan ganjaran yang sama, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Ti Lian Ker di Dewan Rakyat hari ini. 

“Ganjarannya adalah sama yang mana pemenang pingat emas akan diberi RM1 juta, RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 pinagt gangsa,” katanya. 

Katanya bagi acara sukan kurang lima ahli, ganjaran bagi pingat emas adalah RM1 juta, RM300,000 bagi penenang pingat perak dan RM100,000 pingat gangsa. 

Bagi pasukan yang lebih lima ahli, setiap seorang akan menerima RM150,000 bagi pingat emas, RM40,000 setiap seorang bagi pingat perak dan RM20,000 setiap seorang bagi pingat gangsa. 

“Jadi tiada perbezaan,” katanya. 

Ti menjawab soalan Larry Sng (Julau-Bebas) berhubung sama ada prestasi atlet Malaysia yang baru kembali dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah mencapai sasaran dan ganjaran yang diberikan kepada pemenang pingat. 

Ti berkata atlet negara hanya bertanding dalam 27 acara semasa pusingan kelayakan berikutan Covid-19 dan latihan di bawah kuarantin sejak Jun 2020 merupakan satu lagi cabaran kepada atlet. 

Katanya Kementerian Belia dan Sukan juga menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai ketua setiausaha kementerian bagi menilai dan melihat semula prestasi atlet kebangsaan di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. – 4 Oktober, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen