LIBYA telah memulakan pembinaan loji minyak di selatan negara itu.
Kos bagi projek berkenaan antara AS$500 juta dan AS$600 juta dan dijangka mula beroperasi dalam masa tiga tahun, menurut ketua syarikat minyak Libya Mustafa Sanalla.
Menurutnya pendapatan tahunan dijangka sebanyak AS$75 juta.
Pemimpin Libya Abdelhamid Dbeibah ketika berucap pada perasmian projek berkenaan di Tripolis berkata: “Projek ini sangat penting dan ia merupakan permulaan bagi loji penapisan minyak di selatan.”
Loji berkenaan akan dibina berhampiran Al-Charara, yang merupakan kawasan telaga minyak utama di wilayah Oubari, yang menghasilkan kira-kira 300,000 tong minyak sehari.
Diumumkan sejak awal 1980an, projek pembinaan loji minyak di selatan Libya itu ditangguhkan beberapa tahun sebelum dihidupkan semula pada 2017.
Libya yang memiliki banyak hasil minyak itu cuba untuk bangkit selepas berdepan pergolakan sejak kejatuhan kerajaan Muammar Gaddafi pada 2011.
Libya dicengkam keganasan dan pergolakan politik selepas NATO menolak Gaddafi. – AFP, 4 Oktober, 2021.
Komen