Pelancong lengkap vaksin boleh kunjungi Phuket


Thailand membenarkan pelancong dari mana-mana negara yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 untuk bercuti ke Phuket. – Gambar AFP, 3 Oktoober, 2021.

PELANCONG yang sudah divaksin sepenuhnya dari mana-mana negara kini boleh menempah pakej percutian di Pulau Phuket, umum kerajaan Thailand.

Industri pelancongan Thailand terus terjejas akibat pandemik dan sekatan menyebabkan jumlah pengunjung berkurangan dari 40 juta pada tahun 2019.

Sebelum virus melanda, sektor pelancongan di Thailand dan sekatan perjalanan mempengaruhi prestasi ekonomi terburuk di negara ini dalam lebih dari dua dekad. 

Kerajaan melancarkan skim “sandbox” pada Julai yang membenarkan pelancong lengkap vaksinasi dari negara-negara berisiko rendah hingga sederhana melancong di pantai yang popular berkenaan selama dua minggu kemudian melakukan perjalanan ke daratan tanpa kuarantin.

Minggu lepas, pihak berkuasa memendekkan waktu kuarantin kepada seminggu, sesuai dengan perubahan negara terhadap peraturan kuarantin.

Lembaga Pelancongan Thailand mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa skim itu diperluas dari kira-kira 80 negara yang sudah memenuhi syarat.

“Ini bermakna Thailand kini menyambut pelancong dari mana-mana negara di dunia ke program sandbox,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Tanee Sangrat berkata kanak-kanak yang tidak divaksin juga dibenarkan melakukan perjalanan dengan ibu bapa yang sudah divaksin sepenuhnya.

Program sandbox sudah menarik lebih 38,000 pengunjung ke Phuket dan menjana ekonomi AS$66.67 juta. – AFP, 3 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen