Macron dakwa sejarah ditulis semula, Algeria panggil balik duta


Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan membuat beberapa tuduhan ke atas Algeria, mencetuskan ketegangan diplomatik antara dua negara itu. – Gambar AFP, 3 Oktober, 2021.

ALGERIA semalam menolak “campur tangan tidak diminta” dalam hal ehwal dalamannya, beberapa jam selepas memanggil balik dutanya dari Paris selepas kenyataan Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan media.

Kenyataan Algeria menyebut yang ia memanggil balik dutanya selepas media menerbitkan kenyataan presiden Perancis, yang sehingga kini tidak dinafikan.

Akhbar berpengaruh Le Monde semalam memetik Macron sebagai berkata yang bekas tanah jajahan Perancis itu diperintah “sistem politik ketenteraan”.

Beliau juga menggambarkan Algeria mempunyai “sejarah rasmi” yang “ditulis semula sepenuhnya”, kata laporan.

“Susulan kenyataan yang masih belum dinafikan, yang beberapa sumber menamakannya kepada Macron, Algeria meluahkan penolakan ke atas campur tangan tidak diminta kepada hal ehwal dalamannya,” kata kenyataan dari presiden Algeria.

Kemelut terbaru itu berlaku ketika ketegangan dua negara berkaitan isu visa semakin bertambah. – AFP, 3 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen