Anak Duterte bakal calon presiden, lapor media Filipina


Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengesahkan anak perempuannya Sara Duterte-Carpio akan berganding dengan bekas pegawai kanan bapanya Christopher Go sebagai calon naib presiden. – Gambar AFP, 3 Oktober, 2021.

ANAK perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte akan bertanding calon presiden dalam pilihan raya tahun depan, lapor stesen televisyen ABS-CBN.

Sara Duterte-Carpio akan berganding dengan bekas pegawai kanan bapanya Christopher Go, yang juga senator, sebagai calon naib presiden, kata laporan itu.

Duterte mengesahkan perjalanan politik anak perempuannya ketika ditanya pemberita semasa beliau mengiringi Go menyerah kertas pencalonan sebagai naib presiden.

“Ya, Sara-Go,” katanya, menjawab soalan pemberita ABS-CBN.

Duterte semalam mengumumkan bersara daripada politik. Pengumumannya bagaimanapun mencetuskan spekulasi beliau hanya membuka jalan untuk anaknya jadi presiden, sementara beliau sendiri jadi naib presiden.

Duterte-Carpio, 43, yang juga datuk bandar Davao, semalam mengemukakan pencalonan untuk mempertahankan jawatannya bagi penggal keempat. – 3 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen