70 migran dari Libya hilang ketika seberang Laut Mediterranean


Puluhan ribu migran berusaha menyeberangi Mediterranean setiap tahun, kebiasaannya dari Libya dan menyasarkan pesisir Itali. – Gambar EPA, 3 Oktober, 2021.

SERAMAI 70 migran hilang ketika dalam perjalanan menyeberangi Laut Mediterranean dari Libya ke Eropah, kata kumpulan sokongan bebas Alarm Phone semalam.

Dalam kejadian berasingan, agensi pelarian PBB (UNHCR) berkata seramai 89 migran dan dua mayat dibawa menaiki kapal ke ibu negara Libya Tripoli semalam, namun 40 lagi masih hilang.

Tidak jelas sama ada kedua-dua organisasi itu merujuk kepada kumpulan pendatang yang sama.

Alarm Phone berkata sebuah kapal dengan 70 orang di dalamnya hilang sekepas empat hari meninggalkan pelabuhan Khoms, kira-kira 120 kilometer dari barat ibu kota.

“Mereka berlepas dari Khoms, Libya dan menghubungi Alarm Phone beberapa kali,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

“Apabila kami terputus hubungan, mereka berada di zon SAR (mencari dan menyelamat) Malta, 18km ke perairan Itali tetapi tiada rekod mengenai penyelamatan atau ketibaan. Pihak berkuasa hanya berdiam diri,” katanya.

UNHCR menerusi Twitter berkata 89 mangsa yang selamat dibawa ke Tripoli semalam termasuk lapan wanita dan tiga kanak-kanak.

Dikatakan 40 lagi hilang selepas kumpulan itu memulakan perjalanan berbahaya dengan kapal dibina dengan kayu dan getah.

Alarm Phone mengkritik pihak berkuasa di Malta dan Itali.

“Kenapa pihak berkuasa Malta dan Itali enggan menyelamatkan diri terlebih dahulu

Puluhan ribu orang berusaha menyeberangi Mediterranean setiap tahun, kebiasaannya dari Libya dan menyasarkan pesisir Itali, namun sering kali terbabit dengan perjalanan yang mengakibatkan kematian.

Sekurang-kurangnya 1,369 orang maut di laluan itu tahun ini, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa pada awal September. – AFP, 3 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen