PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencalonkan diri sebagai naib presiden pada pemilihan 2022 dan akan mengundurkan diri daripada politik sekali gus berpotensi membuka laluan kepada anak perempuannya untuk bertanding jawatan tertinggi negara itu.
Duterte berkata: “Sentimen luar biasa rakyat Filipina menyatakan saya tidak layak dan ini akan melanggar undang-undang serta semangat perlembagaan” sekiranya beliau mencalonkan diri sebagai naib presiden.
“Hari ini saya mengumumkan pengunduran diri saya daripada politik.”
Duterte yang disebut-sebut mampu mengekalkan rentak kemenangan pada pemilihan presiden 2016 selepas berikrar membebaskan negara itu daripada kancah dadah dihalang untuk bertanding pada penggal kedua.
Pada Ogos lalu, beliau mengumumkan akan bertanding untuk jawatan naib presiden pada pilihan raya akan datang. Namun, tindakan itu dikritik kerana bimbang akan berdepan tuduhan jenayah selepas meletakkan jawatan.
Duterte membuat pengumuman mengejut di tempat di mana beliau bakal mencalonkan dirinya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila akan meninggalkan politik.
Pemimpin lantang itu belum mengumumkan penggantinya, tetapi ramai menjangkakan anak perempuannya, Sara, yang mengemudi jentera pemilihan baru-baru ini.
Beliau mungkin akan melindungi Duterte dari tuduhan jenayah di Filipina, dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang menjalankan perbicaraan mengenai peperangan dadahnya yang meragut puluhan ribu nyawa.
Namun datuk bandar Davao berkata, Sara tidak akan mencalonkan diri sekiranya Duterte bertanding jawatan naib presiden. – AFP, 2 Oktober, 2021.
Komen