TAIWAN mendakwa Beijing membuli dan cuba menggugat wilayah perdamaian setelah jet tempur dan pengebom China melakukan serangan terbesar mereka ke atas zon indentifikasi pertahanan udara pulau itu, hari ini.
Beijing meraikan Hari Kebangsaannya pada Jumaat dengan pertunjukan udara terbesarnya terhadap Taiwan hingga kini, menggegarkan pulau demokratik itu yang diperintah sendiri dengan 38 pesawat perang termasuk pengebom senjata nuklear jenis H-6.
Seramai 23 juta penduduk Taiwan hidup di bawah ancaman pencerobohan berterusan China yang melihat pulau itu sebagai wilayahnya dan berikrar merebutnya suatu hari nanti secara paksa jika perlu.
Sewaktu pemerintahan Presiden Xi Jinping, pesawat perang China melintasi zon indentifikasi pertahanan udara Taiwan (ADIZ) hampir setiap hari.
Bagaimanapun, serangan semalam mencetuskan amaran keras dari Taipei.
“China bersikap waspada dan merosakkan perdamaian serantau ketika melakukan banyak tindakan penindasan,” kata Perdana Menteri Su Tseng-chang kepada wartawan.
“Sudah terbukti dunia, masyarakat antarabangsa, menolak tingkah laku berterusan yang dibuat China.”
Kementerian Pertahanan Taiwan berkata pihaknya mempersiapkan pesawat untuk memberi amaran setelah 22 jet pejuang, dua pengebom dan satu pesawat anti-kapal selam memasuki ADIZ barat daya pulau itu pada Jumaat.
Menurut kementerian itu, kumpulan kedua yang terdiri daripada 13 jet pejuang kemudian melintasi ADIZ Taiwan pada Jumaat, sekali gus menjadikan 38 pesawat terlibat dalam serangan malam tadi.
ADIZ tidak sama dengan ruang udara wilayah Taiwan tetapi merangkumi kawasan pertindihan yang jauh lebih besar dengan sebahagian zon pengenalan pertahanan udara China sendiri bahkan termasuk bahagian daratan China. – AFP, 2 Oktober, 2021.
Komen