POLIS Rwanda pada Jumaat berkata ia telah menangkap 13 individu disyaki merancang serangan pengganas di Kigali.
Suspek ditangkap dengan bahan pembuat bom termasuk bahan letupan, wayar, paku dan telefon, kata Polis Negara Rwanda dalam satu kenyataan.
“Siasatan menunjukkan sel pengganas ini bekerjasama dengan Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF),” katanya, merujuk kepada kumpulan jihad yang disyaki aktif di timur Republik Demokratik Kongo (DRC).
ADF, yang merupakan kumpulan pemberontak Uganda, telah dituduh membunuh ribuan orang awam di timur DRC.
Kumpulan Negara Islam mengaku melakukan beberapa serangan untuk mendirikan Negara Islam Afrika Tengah (ISCAP). – AFP, 2 Oktober, 2021.
Komen