Puteri Jepun bakal kahwin rakyat biasa selepas ditunda, dilanda kontroversi


Agensi Istana memberitahu Puteri Mako akan berkahwin dengan Kui Komuro pada 26 Oktober ini, selepas bertahun-tahun pasangan itu dilanda kontroversi. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2021.

SELEPAS bertahun-tahun dihempap kontroversi, Putri Mako dari Jepun akan berkahwin bulan ini dengan meninggalkan upacara diraja tradisional dan tidak akan mengambil sebarang bayaran seperti mana wanita diraja yang menikahi rakyat marhaen.

Agensi Rumah Tangga Istana pada Jumaat berkata Puteri Mako, anak saudara Maharaja Naruhito, akan menikahi Kei Komuro pada 26 Oktober, lapor media tempatan.

Namun perkahwinan itu mendapat kritikan, dengan agensi itu memberitahu wartawan puteri berusia 29 tahun itu mengalami kecelaruan stres postraumatik (PTSD) akibat mendapat liputan media.

Mako, yang merupakan puteri kepada putera mahkota Jepun, telah bertahun-tahun menahan dirinya daripada mengahwini Komuro, juga 29 tahun.

Peraturan istana Jepun menentukan yang Mako akan hilang segala gelarannya selepas berkahwin dengan rakyat biasa.

Namun pasangannya itu masih sedang dilanda pelbagai kontroversi terutamanya atas tuduhan ibunya berhutang dengan bekas tunangnya.

Setelah tabloid melaporkan dakwaan itu, kekecohan meletus disekeliling pasangan muda.

Pasangan itu menangguhkan perkahwinan mereka, dan Komuro pindah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan, juga dilihat sebagai usaha untuk meredakan pandangan negatif umum.

Putera Mahkota Akishino tahun lalu berkata baginda menyokong perkahwinan anak perempuannya, namun beliau perlu menangi hati rakyat terlebih dahulu.

Pasangan berusia 29 tahun itu pertama kali bertemu di universiti di Tokyo pada 2012, dan kemungkinan memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat.

Namun pasangan itu nampaknya telah memutuskan mereka telah tunggu cukup lama, dan sekarang dijangka berpindah ke New York setelah menikah.

Komuro kembali ke Jepun awal minggu ini disambut dengan kegilaan media.

Media tempatan Jepun menjangkakan pasangan itu akan bersatu semula buat pertama kali sejak tiga tahun.

Mako, puteri sulung Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas Perang Dunia II.

Beliau juga merupakan kakak kepada Putera Hisahito, 15, yang kini merupakan satu-satunya pewaris lelaki yang layak untuk mewarisi takhta selain ayahnya.

Takhta Jepun hanya boleh diberikan kepada anggota keluarga lelaki. Di bawah peraturan semasa, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Peraturan yang ketat telah menimbulkan kebimbangan buat masa depan keluarga diraja itu, dengan hanya dua waris lelaki dan tidak ada prospek baharu untuk tahun-tahun mendatang.

Namun percubaan untuk membahaskan pembaharuan telah mendapat tentangan keras dari golongan tradisionalis. – AFP, 1 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen