Lebih 350 penerbangan di Tokyo dibatalkan kerana taufan Mindulle


Taufan Mindulle yang melanda Jepun bergerak di sepanjang pantai Pasifik dan dijangka membadai wilayah Tokyo dan Chiba pada Jumaat malam. – Gambar EPA, 1 Oktober, 2021.

LAPANGAN Terbang Haneda di Tokyo membatalkan 357 penerbangan hari ini ekoran taufan Mindulle diramal membadai negara itu, lapor Sputnik.

Sejak awal Jumaat, sebanyak 264 pelepasan dan 93 ketibaan di lapangan terbang itu dibatalkan, sementara beberapa penerbangan lagi ditangguhkan.

Lebih 6,000 isi rumah mengalami gangguan bekalan elektrik termasuk di wilayah Shizuoka, Kanagawa, Tokyo, Chiba dan Ibaraki, lapor penyiar NHK.

Taufan ke-16 yang melanda Jepun itu bergerak di sepanjang pantai Pasifik dan dijangka membadai wilayah Tokyo dan Chiba pada Jumaat malam. – Bernama, 1 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen