Puting beliung rosakkan rumah, jejas bekalan elektrik di Sydney


Kejadian p uting beliung adalah perkara biasa berlaku di Australia tetapi jarang menyebabkan kematian. – Gambar EPA, 30 September, 2021.

PUTING beliung yang melanda kawasan luar bandar di barat Sydney hari ini merosakkan kediaman dan menjeaskan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

Biro Meteorologi berkata, puting beliung yang terbentuk di sebelah barat bandar terbesar di Australia itu merosakkan kawasan berhampiran bandar Bathurst.

“Terdapat laporan kerosakan rumah, bekalan elektrik dan pokok.

“Dari laporan semasa, kami mempunyai petunjuk kerosakan sepanjang garis sepanjang 25 hingg 30 kilometer di sekitar barat laut,” kata biro berkenaan.

Wilayah ini sedang bersiap siaga berikutan ribut petir yang teruk melanda sepanjang hari ini.

Puting beliung adalah perkara biasa berlaku di Australia tetapi jarang menyebabkan kematian.

Perkhidmatan Darurat Negeri New South Wales berkata bahawa amaran sedang diberikan penduduk diberitahu untuk menyimpan atau membuang barangan yang terletak di sekitar rumah dan balkoni mereka. – AFP, 30 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen