YOUTUBE pada Rabu mengumumkan untuk buang video dan beberapa pengguna berprofil tinggi yang mendakwa vasin sebagai bahaya.
Ia dibuat berikutan usaha pengendali video dalam talian itu untuk menghentikan kepalsuan maklumat kesihatan berkait Covid-19 dan penyakit lain.
Raksasa perkongsian video itu telah menyekat siaran yang sebarkan berita palsu mengenai rawatan koronavirus, termasuk yang berkongsi dakwaan tidak tepat mengenai vaksin Covid-19.
Namun laman web milik Google itu berkata kebimbangannya mengenai adalah mengenai teori konspirasi perubatan yang melangkaui pandemik.
“Kami sudah dengan jelas lihat dakwaan palsu mengenai vaksin koronavirus yang menjadi maklumat salah secara umum,” kata YouTube dalam satu kenyataan.
“Kami sekarang berada di titik di mana lebih penting daripada sebelum ini dengan memperluas kerja-kerja Covid-19 yang kami mulakan ini kepada vaksin jenis lain.”
Jurucakap YouTube berkata beberapa saluran “menyebar maklumat yang salah mengenai vaksin dan akan ditamatkan,” menamakan Joseph Mercola dan Sherri Tenpenny serta saluran yang berkait dengan Robert F. Kennedy, Jr.
Siasatan AFP mendapati Tenpenny menjalankan perusahaan luas berdasarkan aktivisme antivaksin, menolak pelitup muka dan ujian saringan, selain menafikan kewujudan Covid-19.
Mercola, seorang doktor osteopati yang berpusat di Florida, menjadi subjek artikel New York Times bertajuk: “The most influential spreader of coronavirus misinformation online”.
Sementara Robert F. Kennedy Jr telah disekat dari Instagram pada Februari kerana menyebarkan maklumat yang salah mengenai Covid-19 dan vaksin. – AFP, 30 September, 2021.
Komen