Algeria mulakan pengeluaran vaksin Sinovac Covid-19


Algeria mengeluarkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat China, Sinovac dan dijangka mampu mengeluarkan lapan juta dos sebulan. – Gambar AFP, 30 September, 2021.

ALGERIA kini memulakan pengeluaran vaksin Covid-19 yang dibangunkan syarikat China, Sinovac dan dijangka mampu mengeluarkan lapan juta dos sebulan.

Perdana Menteri Aimene Benabderrahmane menyifatkan kemampuan negara itu mengeluarkan vaksin terbabit sebagai pencapaian besar.

“Algeria menyasarkan untuk mencapai projek lain yang seperti ini,” katanya pada majlis pelancaran proses pengeluaran vaksin di kilang di timur bandar Constantine, semalam.

Pegawai rasmi kerajaan berkata pengeluarannya akan dipertingkatkan jika diperlukan.

Sementara itu, Menteri Industri Farmasi Lotfi Djamel Benbahmed berkata negara itu turut merancang untuk mengeksport vaksin berkenaan.

Katanya, kilang Saidal menjadi satu-satunya syarikat yang mendapat lesen untuk mengeluarkan vaksin.

Algeria menunjukkan penurunan kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu ini apabila kempen imunisasi besar-besaran dijalankan.

Negara itu turut menjalankan kempen memberi vaksin kepada 70% daripada 44 bilion penduduknya menjelang akhir tahun ini. – AFP, 30 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen