Chile lulus RUU hak neuro untuk lindungi jiwa manusia


Senator Guido Girardi antara penyokong lantang RUU hak neuro, berkata undang-undang tersebut sebagai melindungi benteng terakhir kemanusiaan, iaitu mempertahankan jiwa manusia. – Gambar AFP, 30 September, 2021.

PENGGUBAL undang-undang Chile pada Rabu meluluskan rang undang-undang (RUU) hak untuk identiti peribadi, kehendak bebas dan privasi mental, sekali gus menjadi negara pertama di dunia yang membuat undang-undang mengenai teknologi neuro yang dapat memanipulasi pemikiran seseorang.

RUU tersebut, yang sudah melalui Senat tahun lalu, bakal menjadi dasar pembuatan undang-undang masa depan dalam bidang hak asasi manusia di negara lain dalam menghadapi kemajuan teknologi yang diterapkan pada fikiran dan minda.

Semasa perbahasan sebelum pungutan suara, Senator Guido Girardi, salah satu penyokong lantang RUU itu berkata tujuannya adalah untuk melindungi benteng terakhir kemanusiaan iaitu jiwa manusia.

“Kami gembira ini adalah permulaan penilaian global mengenai bagaimana teknologi harus digunakan untuk kebaikan umat manusia,” kata Girardi di Twitter.

RUU itu kini perlu ditandatangani oleh presiden.

Dengan undang-undang ini, Chile bakal menjadi negera paling kedepan dalam kemajuan bidang teknologi neuro.

Rafael Yuste, profesor biologi di Universiti Columbia dan salah seorang pakar terkemuka di dunia, berkata kepada AFP para penyelidik telah berjaya menanam gambar-gambar tertentu dalam otak tikus yang boleh mempengaruhi pemikiran binatang itu.

Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak yang teknologineuro semacam itu dapat digunakan untuk merakam data mental orang dan juga untuk mengubahnya.

Itulah sebabnya, undang-undang Chile “menetapkan pengembangan saintifik dan teknologi harus berkhodmat terhadap manusia dan dibuat dengan menghormati kehidupan dan intergriti fizikal serta mental seseorang,” kata Dewan dalam satu kenyataan.

Ini bertujuan bagi melindungi “dataneuro” manusia selain menetapkan had bagaimana kandungan otak seseorang dapat dianalisis dan diubah. – AFP, 30 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen