4,771 nama disemak bagi rekod jenayah seksual kanak-kanak sejak April 2019


Chan Kok Leong Diyana Ibrahim Noel Achariam

Ibu bapa digesa memeriksa individu yang ingin diambil sebagai pengasuh anak, dan juga organisasi yang terlibat dalam pekerjaan penjagaan anak dengan daftar rekod jenayah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2021.

SEBANYAK 4,771 nama diserahkan untuk diperiksa bagi daftar pesalah seks kanak-kanak sejak 1 April 2019, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kesemua nama dikemukakan dalam 279 permohonan, menurut jawapan kepada Parlimen hari ini.

“Berdasarkan data terbaharu, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima 279 permohonan untuk memeriksa pesalah seksual kanak-kanak.

“Permohonan dari 2019 hingga Julai 2021, melibatkan pemeriksaan terhadap 4,771 individu.”

Menurut kementerian, tiada nama diserahkan untuk pemeriksaan silang yang ditemukan di dalam daftar, yang bermaksud tidak ada yang memiliki rekod jenayah bagi kesalahan seksual terhadap anak-anak.

Berdasarkan statistik, Selangor mempunyai jumlah individu tertinggi yang diperiksa pada 1,299 diikuti Sarawak (680) dan Kedah (657).

Kementerian itu menjawab pertanyaan Hannah Yeoh (Segambut-PH) mengenai jumlah permohonan untuk semakan daftar pesalah seksual kanak-kanak.

Yeoh, yang merupakan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berperanan penting dalam mewujudkan daftar pesalah seksual di Malaysia.

Daftar tidak diumumkan dan akses hanya dibenarkan berdasarkan permintaan, dengan maklumat dihantar terus kepada pemohon.

Yeoh sebelum ini menggesa ibu bapa menggunakan daftar itu untuk memeriksa individu yang mereka ingin mengambil sebagai pengasuh anak, dan juga organisasi yang terlibat dalam pekerjaan penjagaan anak.

Kementerian berkata maklumat dalam daftar diperoleh dari pendaftar mahkamah dan dikemas kini setiap tiga bulan. – 29 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen