Banyak kerosakan di Kompleks Seri Perdana, kata menteri


Banyak kerosakan yang dialami menyebabkan Kompleks Seri Perdana yang berusia 22 tahun dibaik pulih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdul Latif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2021.

KERJA baik pulih di Kompleks Seri Perdana berusia yang berusia 22 tahun dilakukan kerana bangunan itu sudah mengalami banyak kerosakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr Abdul Latiff Ahmad.

“Projek ini diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac lalu. Setakat hari ini (29 September), kerja baik pulih sudah mencapai 74% kemajuan berbanding 71% seperti dalam jadual,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Latiff berkata, Jabatan Kerja Raya menganggarkan bahawa keseluruhan kerja baik pulih termasuk pendawaian dan kebocoran bumbung akan menelan belanja RM38.5 juta.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini dalam jawapan bertulis kepada Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) bahawa pengubahsuaian itu perlu bagi menjaga imej negara semasa lawatan rasmi oleh orang kenamaan bagi tujuan keselamatan.

Langkah itu mendapat kritikan daripada ahli politik pembangkang. – Bernama, 29 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen