EMPAT rakyat Amerika Syarikat terbunuh dan dua lagi cedera dalam satu serangan ke atas sebuah hotel mewah minggu lepas di ibu banda Afghanistan, kata Jabatan Negara semalam.
“Amerika Syarikat mengutuk keras serangan pada 20 Januari di Intercontinental Hotel di Kabul,” kata jurucakap Heather Nauert yang mengumumkan jumlah korban serangan itu.
Serangan yang berlaku selama 12 jam pada Ahad itu membunuh 22 orang, kebanyakannya rakyat asing termasuklah warga Venezuela, Ukraine, Jerman dan Kazakhstan.
Pengganas Taliban yang bersenjata menyerang bangunan itu dan melepaskan tembakan kepada orang awam sebelum pihak berkuasa berjaya menghalang.
“Kami boleh sahkan yang empat rakyat AS terbunuh dan dua lagi cedera,” kata Nauert.
“Kami mengucapkan berbanyak takziah kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terbunuh dan berhadap mereka yang cedera pulih sepenuhnya secepat mungkin,” katanya.
“Untuk menghormati keluarga mangsa, kami tidak akan mengulas lebih lanjut.”
Jabatan Negara sebelum itu mengesahkan mereka yang terbunuh dalam serangan itu bukan kakitangan kerajaan AS, tentera atau kontraktor negara itu. – AFP, 25 Januari, 2018.
Komen